اسلام عليكم
Waaahhh, lama tak bertemu ! hehehehe. Semoga kamu yang tengah membaca nih, dalam keadaan yang sihat.. Aamiin.. Aku Alhamdulillah sihat belako... kekeke. Nampak seronok ka ? (mood tengah baik). Korang da makan petang belum ? Kalau belum, pi la beli kuih muih kat kedai depan tu. Hehehehe. Okay, stop membebel ! :D Kali ni nak cerita pasal pengalaman. Pengalaman apa ? Pengalaman bekerjaaaaaaa. heheheeee. Korang ingat pengalaman apa ? -_-
Cuti sem kali ni, aku kerja kat kedai baju dalam kawasan AEON. kira macam kios (entah betul ke dak ejaan). hahaha, First time minta kerja tu debor juga la. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. First day kerja dapat kawan baru da (partner kerja). Nama dia Nisa.. Budak lepasan SPM. Sangat kepoh. Tapi seronok kawan dengan dia... Boss pun Alhamdulillah baik.. Lady boss pun mula2-mula nampak garang.. Tapi da lama kenai, Alhamdulillah baik orangnya. Sangat memahami ! Aku mula kerja waktu pertengahan bulan puasa. Agak mencabar juga, tapi tak terasa penat sangat sebab kerja dalam air cond. Bosan tu adalah nak tunggu customer datang. Hihihi..
Lagi berapa hari nak raya.. Orang memang ramai datang... Sale tak payah cakaplah, satu hari kadang boleh lebih 4 ribu. Banyakkan ~ Merasa la aku pegang duit RM 50 tebal. Hehehehehe. Nak kata seronok kerja, tak juga pada aku. Customer kadang macam-macam ragam. Pening melayan. Nasiblah aku ni penyabar. -_- (puji diri sendiri sattt..) Memang ujian betul, bulan puasa.. Dapat customer yang nak macam itu, nak macam ini. Nak kita pilih, tapi bila kita pilih, dia tak berkenan. Bila tengah berbuka customer datang, terpaksalah berhenti makan, layan customer. Kadang sampai lari da selera makan, sampai nasi tu pun sejuk kena air cond dalam AEON. Hehehe. Hebat betul lah orang berniaga yang rajin ikut kehendak customer. Respect ! Ingat senang ka nak layan customer. Boss aku pun sangat bagus dalam melayan customer. Yelah, kedai dia kan. Kalau aku jadi dia pun aku nak buat yang terbaik untuk customer. Kalau korang pun sama kan ?
Kat tempat kerja, aku ada 4 kawan. -Nisa, Dayah, Kak Una dan Abang Anwar. Kalau tengok dari segi penampilan, kami semua berbeza. Abang Anwar tu dah tentulah berbeza sebab dia lelaki. Hehehehe. Nisa, Dayah dan Kak Una. Depa semua jenis stylish.. Mula kerja pun pandang aku macam tak puas hati ja. Hahaha. Kita ni manusia kadang cepat judge orang. Kita rasa diri kita ni perfect. Jangan sesekali macam tu gaisss. Kawan dulu, rapat dulu, kenal dulu. Nisa dengan dayah walaupun nampak depa dua ni, macam budak liar tapi series hati depa sangat baik ! Kalau apa-apa benda nak minta tolong, mesti depa akan tolong. Kadang bila dengar cerita depa time sekolah, memang nakal budaknya. Hehehe. Bagi aku, itu semua tak jadi satu masalah pada aku, yang penting mereka okay dan boleh terima aku sebagai kawan. Kadang bila nampak depa buat salah aku cuba tegur dengan cara lembut. Kena slow talk, tak boleh terus terjah "weyh, apasal kau buat mcm nih. dosa tahu tak." Jangan gitu gaissss. Nak tegur, cakap baik-baik. Baru orang yang mendengar boleh terima. Bukan nak cakap aku perfect, tapi manusia zaman lenni lebih memilih untuk terus menghukum dari menegur. Lagi satu, jangan rasa diri kita ni masih belum layak nak tegur dia. Kalau rasa macam tu, bilanya kita nak rasa diri kita layak ? :) Lihat pada apa yang orang nasihat pada kita, jangan lihat siapa yang menasihati ~
Banyak pengalaman yang aku dapat time kerja. Seronok la juga, Alhamdulillah.. Last day kerja, tak rasa sedih pun. Sebabnya memang tak sabar sangat nak berhenti. Hehehe. Cuma bila pandang kawan-kawan tu hati rasa macam sedih nak tinggalkan depa. Walaupun cuma sebulan sahaja aku kerja, tapi dalam masa sebulan tu macam-macam suka duka yang kami lalui. Seronok taw bila dapat kawan baru. Tak seronoknya bila kawan tinggalkan kita ~
Pada Dayah, Nisa, Kak Una dan Abang Anwar.. Andai kata kalau suatu hari nanti korang baca benda ni, Cuma satu ja yang aku nak korang tahu. - Aku happy dapat kenal korang. Happy dapat habiskan masa bersama. Happy dapat luangkan masa bersama. Senang cerita happy dalam semua perkara la. Terima kasih taw korang. Moga ukhwah ni berkekalan sampai bila-bila. Aamiin :)
Last, pengalaman sedih time kerja- Cuti raya 2 hari ja. Raya ketiga da kena kerja balik ~ Sedih sangat weyhhhhh.. Hehehe. Masuk kerja pun lemah ja. Mood lari ke mana entah. Pandang meja nampak macam ketupat, pandang baju nampak macam rendang -_- (tipu ja). Hahaha. Okay la sekian sampai sini ja. Jumpa lagi pada post akan datang ;)
Wassalam.